KURSUS SECARA ONLINE CENDOL

 

BAHAN-BAHAN :

1 genggam kecil kway teow halus
3 ekor udang
sebiji telor
kerang
1 sudu cili giling

Campuran :
* 2 sudu besar kicap manis cap ABC
* 5 Sudu kicap cair (bukan kicap masin)
* ½ sudu kecil lada sulah
* ½ sudu gula
* 1 sudu kecik sos ikan/kicap ikan atau nampla

Tauge ( suka hati nak bubuh banyak mana)
Daun kucai (potong dua inci)
Se ulas bawang putih dihancurkan

CARA PENYEDIAAN :

Panaskan kuali biar berasap dan tumis bawang putih dan kemudian masukkan udang. Kacau lebih kurang 1 minit.

Perlahankan api dan masukkan kuay teow, taugeh dan Cili giling. Kacau lagi lebih kurang nampak sebati kemudian tambah bahan-bahan bertanda *.

Besarkan api semula dan masukkan telur. Ratakan telur di permukaan kuali dan kacau bersama kuey teow. Kemudian masukkan kerang, dan daun kuchai. Jangan goring terlalu lama kerana akan menghilangkan kerangupan taugeh.

Agak-agak sebati angkat dan siap untuk di sediakan. Sedap makan bersama cili jeruk.