Namun sekiranya tiada usaha menyimpan resipi lama ini sudah pasti ia akan berkubur begitu sahaja. tidak dapat mempelajarinya disebabkan perbezaan gaya hidup malah lebih mudah mendapatkan makanan di kedai berbanding dimasak sendiri.

Bagi meneruskan warisan berharga ini, saya mengambil inisiatif memberi kursus secara online video,Anda cuma perlu tahu teknik yang betul ketika masak. Jika anda ikut resepi ini betul-betul, Insya-Allah tidak sukar untuk memasak,.

Seni Membuat Jualan ialah teknik membuat jualan yang perlu diketahui oleh para usahawan dalam membuat jualan. Usahawan perlu menguasai teknik dan seni membuat jualan bagi memastikan perubahan dalam bisnes menjadi lebih bagus. Ia juga membantu membina strategi baru bagi mempertingkatkan dan memperkukuhkan bisnes mereka. Menjual secara langsung adalah sesuatu yang seni. Ia mungkin sukar bagi yang baru belajar menjual.

Oleh itu amat penting mempelajari teknik bagaimana membuat jualan yang berkesan. Teknik menjual tanpa menjual atau “selling without selling” sesuai digunakan bagi mempengaruhi minda pelanggan untuk membeli, sekaligus meningkatkan jualan. Mengetahui bagaimana cara menyantuni pelanggan dapat membantu jurujual membuat jualan dengan mudah. Ada beberapa teknik yang berkesan bagi membuat jualan. Antaranya adalah:

1. Tingkatkan Daya Pengaruh
Seni menjual amat berkait rapat dengan daya pengaruh pada orang sekeliling, ini termasuk pelanggan anda. Imej diri amat penting bagi membuatkan orang sekeliling kagum terhadap anda. Cara meningkatkan daya pengaruh yang berkesan merangkumi cara berpakaian, bahasa pertuturan dan intonasi yang menyakinkan. Memakai pakaian yang kemas dan sopan serta pemilihan jenis pakaian yang tepat, akan menggambarkan imej yang betul. Ini termasuk memilih warna, corak dan reka bentuk yang betul serta kelihatan kemas dan menyenangkan.

2. Seni bercakap
Ia ialah teknik komunikasi berkesan bagi menyampaikan sesuatu idea/perkara yang perlu dipelajari oleh jurujual. Berkomunikasi secara efektif dan meyakinkan akan menarik pelanggan membeli tanpa dipaksa. Jurujual perlu bercakap dengan ringkas dan mencapai maksud. Pastikan idea yang jelas tentang apa yang harus diperkatakan dan mengetahui cara terbaik untuk mengatakannya.

3. Pengetahuan produk/perkhidmatan
Bagi menarik perhatian dan meyakinkannya pelanggan ‘product knowledge’ perlu ada pada jurujual. Ketahui apa yang perlu dikongsikan dengan pelanggan. Berikan fakta atau jawapan yang tepat kepada pelanggan. Elakkan memperkatakan apa yang anda tidak tahu. Jangan sekali membandingkan atau memburukkan produk atau servis orang lain.

4. Berikan Nilai
Produk yang baik dan berkualiti mudah dijual. Jurujual perlu tahu cara terbaik apa yang ingin dipersembahkan kepada pelanggan. Kenal pasti nilai atau keunikan produk yang ditawarkan. Tunjukkan kepada pelanggan bagaimana produk atau perkhidmatan anda boleh memberi nilai dan mampu menyelesaikan masalah mereka.

5. Penggunaan Bahasa Yang Sesuai
Bercakap dalam bahasa yang jelas dan boleh difahami pelanggan. Elakkan menggunakan perkataan bombastik. Jika anda tidak faham atau tidak pasti bagaimana perkataan diucapkan, jangan gunakannya. Gantikannya dengan perkataan yang lebih mudah difahami pelanggan.

 
 
 
 
 
 
 
 

cadangan

   
tomyam